Kuiz Kahoot ICT & Microsoft Office

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Februari 2020, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kuiz Kahoot ICT dan Microsoft Office yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kuiz ini telah disertai oleh lima orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Sebagai permulaan, peserta diperkenalkan tentang kewujudan e-learning iaitu aplikasi Kahoot. Kahoot ialah aplikasi e-learning yang melibatkan peserta dapat belajar dan menjawab kuiz bersama-sama menggunakan pc atau pun telefon bimbit mereka dengan penggunaan internet.

Selepas selesai kelas asas komputer dan Microsoft Office, peserta menyertai kuiz Kahoot untuk menguji tahap pemahaman mereka tentang asas komputer dan Microsoft Office. Melalui kuiz ini, peserta lebih peka dan faham tentang apa yang mereka pelajari. Mereka dapat bertanyakan soalan dan mendapat jawapan dan penjelasan yang baik daripada pengajar.

Kesimpulannya, kuiz Kahoot dapat membantu peserta memahami penggunaan komputer dan internet dengan lebih baik. Pada masa yang sama, peserta faham tentang fungsi komponen-komponen asas komputer dan Microsoft Office.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali